Tuesday, November 8, 2011

✿dari sujud ke sujud✿ (♥_♥)♪♫ ♪♫

✿✿✿ܓbagaimana ku jelaskan cinta
karena itu tak dapat diterangkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu kurnia Ilahi (dari sujud ke sujud)

✿✿✿ܓbagaimana ku jelaskan cinta
bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia
takut dan cemburu pun kurnia Ilahi

✿✿✿ܓdari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

✿✿✿ܓbagaimana ku jelaskan cinta
karena itu tak dapat diterangkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu kurnia Ilahi




✿✿✿ܓbagaimana ku jelaskan cinta
bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia
takut dan cemburu pun kurnia Ilahi

✿✿✿ܓdari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

✿✿✿ܓdari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

✿✿✿ܓSubhanallah, Subhanallah, Subhanallah
dari sujud ke sujud.

*Is suka dengar lagu ini

Tuesday, November 1, 2011

Cemburukah Allah?

Allah juga cemburu? Percaya kan?
Cemburu tandanya sayang. Kalau kita cemburu melihat orang yang kita sayang duk rapat-rapat dengan orang lain, cemburu Allah lebih besar lagi!

Maka, jangan buat Allah cemburu, jangan menyakiti Allah. Kita sama sekali tak layak menyakiti Allah yang selama ini menyayangi kita sedalamnya. Allah sayang kita lebih dari jodoh kita sendiri. Cemburu Allah itu benar, kasih Allah itu juga benar dan pasti berbalas. Jadi tunggu apa lagi, jangan pandang sebelah mata kecemburuan Allah, tinggalkan maksiat dan pergilah kepada-Nya..

Sekian, wallahu'alam.

Boleh baca entri di blog Khir Johari tentang Allah pun "Cemburu". Kebetulan pula..

Saturday, October 29, 2011

Salam Bulan Pengorbanan.

ASSALAMUALAIKUM....!!! Hmmm... saya Iskandar Misman .. hari ini dan semalam baru sahaja Is belajar edit blog... selalu tengok kawan-kawan sahaja yang ada blog.. macam best pulak tengok.hehehe..okay nak kenal-kenal dengan Is boleh sahaja (Is x pilih kawan) sebelum itu... Is nak ucapkan "Selamat Datang" kepada yang sudi ke menyelusuri blog ini.Okay pada pagi hari minggu ini Is kongsi sebuah pengorbanan.
Bila sampai bulan Zulhijjah, kita akan cakap pasal nak pergi haji, nak raya haji, tentang pengorbanan kisah Nabi Ibrahim a.s. Saya pun nak cakap pasal pengorbanan gak lah. Boleh?
Ramai yang ada segalanya, tapi tiada pula penyeri rumahtangga - zuriat. Sebab tiada anak ni, ada suami-suami yang kurang sabar lalu ceraikan isteri. Ada yang sabar sikit, cari isteri lain lepas dapat keizinan. Ada juga yang tak sabar-sabar cari isteri lain bila tahu isteri tak hamil lagi selepas setahun dua kahwin. Bila lambat dapat anak ni, maklum sahajalah masyarakat kita, pasti ada kata-kata yang tak sedap didengar dari saudara-mara terdekat ataupun dari pendengki-pendengki setia.
Ayuh kita susuri sedikit kesabaran dua Nabi, Nabi Zakariyya a.s. dan Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Zakariyya a.s. juga impikan untuk mendapatkan zuriat tetapi isterinya mandul. Adakah Nabi Zakariyya a.s. tinggalkan isterinya itu? Tidak sekali-kali. Ceraikan? Tidak juga. Nabi Zakariyya a.s. bersabar, terima seadanya, malah layan isterinya dengan baik dengan kasih sayang dan kesetiaan. Pengorbanan yang mulia kan? Seorang Nabi yang Allah kurnia kelebihan, boleh sahaja kalau beliau hendak pilih perempuan lain untuk dijadikan isteri jika beliau mahu.
Bukti al-Quran: Firman Allah Surah Aali 'Imran (3):40 yang bermaksud:
Nabi Zakaria berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?, Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.
Demikian juga ceritanya dengan Siti Sarah isteri Nabi Ibrahim a.s. Dalam Surah Al-Dhariyat (51):29-30, firman Allah yang bermaksud:
 (Mendengarkan berita yang menggembirakan - akan dapat zuriat - itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)? Mereka berkata: Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
Nota:"Mereka" dalam firman Allah di atas ni adalah malaikat yg diutuskan untuk membinasakan kaum Luth ketika itu, singgah sebentar beri khabar gembira kepada Nabi Ibrahim a.s.

Pada umur Siti Sarah 90 tahun dan Nabi Ibrahim a.s. umurnya 100 tahun, barulah dapat zuriat. Jika tak silap saya, Siti Sarah melahirkan Nabi Ishak a.s. dan Hajar (dari perkahwinan kedua) melahirkan Nabi Ismail a.s. Nabi Zakariyya a.s. pula mendapat Nabi Yahaya a.s. Adakah kedua-dua Nabi a.s. ini curang pada isteri-isterinya? Tidak. Mereka setia. Nabi Ibrahim a.s. dah tua barulah adanya pernikahan yang kedua.

Allah.. kuasa Allah kan? Berkat kesetiaan, kesabaran dan kasih sayang kerana Allah semata-mata. Ini semua adalah pengorbanan. Buah sabar akhirnya terbalas. Mudah bagi Allah segala-galanya. Yang penting, jangan putus asa. Bertabah jangan rebah. Firman Allah dalam Surah Maryam ayat ke-9:



Setialah pada pasangan anda. Sabarlah. Allah bagi dapat hidup berpasangan pun dah cukup baik.

Bersyukurlah. Dapatkan zuriat itu sunnah. Setia juga sunnah. Setia pada yang halal.

2 Dzulhijjah 1432 H,
Issey.

Friday, October 28, 2011

Ibtisam

Ibtisam (arab) = ertinya: Senyum, senyuman. Senyum tak perlu kata apa2 lagi kan ? :)

..Selamat Tinggal..

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.
Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]